SHAH ALAM, 6 Nov -  Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor,  Sheikhul Maqari Othman Hamzah, menasihati masyarakat negara ini  mengukuhkan ekonomi mereka dengan pelaburan dinar emas dan perak.
Menurut beliau, sejarah kenaikan harga  emas sejak lebih seribu tahun lalu telah membuktikan ia mata wang yang  paling kukuh di dunia.
Sheikhul Maqari Othman berkata, amalan  memperkukuhkan ekonomi dengan mata wang emas telah dimulakan oleh Nabi  Muhammad SAW dan diperkemaskan oleh Saidina Omar Al-Khatab.
Nilai yang ditetapkan adalah 4.25 gram emas, bersamaan dengan satu dinar.
Bercakap dalam program, Apa Khabar  Selangor bersama pengacara Zubli Zainordin, Othman berkata, nilai mata  wang kertas atau ‘fiat money’ mula jatuh apabila tidak lagi dikeluarkan  bersandarkan simpanan emas.
Amerika syarikat memulakan amalan  mencetak mata wang tanpa sandaran emas pada tahun 1968 bagi menampung  perbelanja perang mereka.
“Dia cetak duit kertas itu dengan  memisahkan emas, menyebabkan nilainya jatuh dan di situlah mulanya nilai  dolar jatuh, yang tidak jatuh harga emas,” katanya.
Othman meramalkan mata wang kertas akan  terus jatuh dan kuasa besar Amerika akan menukarkannya dengan mata wang  digital seperti kad kredit yang sedang digunakan sekarang.
Nabi Muhammad SAW telah mengatakan dalam hadisnya bahawa semuanya tidak akan bernilai kecuali emas dan perak.
Othman memberi contoh, emas meningkat tiga kali ganda sejak tahun 2001.
“Pada tahun 2001, dia menyimpan  RM10,000, tahun 2010 jumlah simpanannya menjadi RM13,000, bermakna  keuntungan yang diperolehi sekitar RM3,00 sahaja. Sebaliknya jika dia  menyimpan emas pada tahun yang sama, keuntungan yang diperolehi adalah  sekitar RM33,600,” jelasnya.
Menurut Othman, dia yakin dinar emas dan perak adalah penyelesaian kepada pengukuhan ekonomi masyarakat sekarang.
Beliau boleh dihubungi di nombor 019 29031 65. Melalui Internet melalui laman Http/ emas_amsyiq.blogspot.com
sumber dari selangorkini.com.my 
 
No comments:
Post a Comment