Tuesday, December 28, 2010

Agihan ASB 2010 meningkat 2 sen

AHMAD SARJI dan Hamad Kama Piah (kanan) mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus ASB, di Kuala Lumpur, semalam.
AHMAD SARJI dan Hamad Kama Piah (kanan) mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus ASB, di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.5 sen dan bonus 1.25 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, peningkatan dua sen seunit berbanding 7.3 sen seunit pada tahun lalu.

Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata 7.04 juta pemegang saham yang melanggan lebih 82.72 bilion unit ASB akan menerima pengagihan pendapatan dan bonus yang dikreditkan secara automatik dalam akaun pelaburan masing-masing. 


sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment