2011/01/26
        IPOH: Dinar emas dan dirham perak yang akan dilancarkan oleh kerajaan  negeri Perak pada penghujung bulan depan adalah dalam bentuk instrumen  simpanan dan pelaburan dengan tujuan untuk memberi keuntungan kepada  rakyat. 
Pengerusi Goldnet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin, berkata dinar emas dan dirham perak itu tidak akan digunakan sebagai mata wang seperti yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.
        "Goldnet International dan kerajaan negeri Perak akan mengambil peluang  meneroka pengalaman luas Kuwait Finance House (KFH) yang  sebelum ini  telah menawarkan akaun emas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan  di sini, hari ini.   Pengerusi Goldnet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin, berkata dinar emas dan dirham perak itu tidak akan digunakan sebagai mata wang seperti yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Khalid, berkata Perak sedang bekerjasama dengan KFH untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian berkenaan.
Beliau berkata, dengan memperkenalkan dinar emas dan dirham ia akan mempelbagaikan bentuk simpanan dan pelaburan kewangan rakyat.
Segala perincian, mekanisme serta bentuk dinar dan dirham berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, katanya. - BERNAMA
Sumber: www.bharian.com 
 
No comments:
Post a Comment