HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu  auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah  kebimbangan masalah ekonomi global.
Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525)  setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang  Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.
Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga  AS$1,496 (RM4,510) satu auns
Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah  akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah  serta kebimbangan hutang tinggi AS.
Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu  auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain  kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.
Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu  pelaburan yang selamat.
Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong  London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns.
sumber: www.kosmo.com.my 
 
No comments:
Post a Comment