LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun  ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu  auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi  yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum  hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip  Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada  Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu  AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat  kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan  juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan  permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur  menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.
source: www.kosmo.com.my 
 
No comments:
Post a Comment